Kroni PPSMI
RAHSIA PENDUKUNG PPSMI:TENTANGAN RAKYAT BERASAS!
Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI): Laporan audit dedahkan kroni BN mengaut keuntungan menjangkau RM5 bilion. Alahai! Kenapa mahu berdolak dalih pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang bersungguh-sungguh pertahankan dasar PPSMI? Sekarang terbongkar apabila PPSMI menerima peruntukan RM4.99 bilion oleh kerajaan bagi tahun 2002 hingga 2008, dalam pelaksanaan dasar berkenaan ianya dimonopoli oleh syarikat-syarikat yang didominasi oleh kroni pemimpin-pemimpin UMNO. Justeru, inilah rahsia sebenar pendukung-pendukung PPSMI pertahankan pelaksanaannya, hingga sanggup menggadaikan maruah Bahasa Melayu untuk diperdagangkan.
Dalam laporan Ketua Audit Negara bagi 2007 jelas mendedahkan, Kementerian Kewangan telah meluluskan permohonan Kementerian Pelajaran untuk membuat perolehan peralatan secara rundingan terus dengan dengan Syarikat Time Engineering Berhad bernilai RM775.24 juta bagi tempoh 2003 hingga 2006. Di samping itu pada 20 September 2002, Kementerian Kewangan telah melantik 10 syarikat secara rundingan terus bagi membekalkan peralatan untuk program PPSMI melibatkan perbelanjaan RM826.72 juta kepada 9,441 buah sekolah. Justeru penentang pejuang-pejuang bahasa terhadap PPSMI adalah berasas, apabila UMNO/BN memperdagangkan Bahasa Melayu demi kepentingan kroni-kroni mereka

2 comments:
Salam tuan. Kalau mata sudah dikaburi duit. Duit dituhankan. Memang begitu jadinya. Hakikatnya, manusia berakal semakin kurang. Siapa di atas, dia maksum. Siapa di bawah, dia makmum. Tunduk sujud supaya senang naik. Bongok.
Catat Ulasan