Ahad, 5 Oktober 2008

PERIBAHASA




PERIBAHASA TAK LAPUK DEK PANAS TAK LEKANG DEK HUJAN





PENGENALAN
‘Tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas’ adalah ungkapan tepat untuk menggambarkan peribahasa Melayu. Peribahasa adalah cabang dalam sastera rakyat. Banyak sarjana bahasa dan sastera berpendapat, peribahasa merupakan ikatan bahasa atau puisi Melayu kuno yang bernilai sastera. Ikatan ini wujud pada permulaan zaman setiap bangsa di dunia ( Ariffin Nur, 1971 : 36 ).
Pendita Za’ba mendefinisikan peribahasa sebagai :
“Segala susunan cakap yang pendek yang telah melekat di mulut orang ramai semenjak beberapa lama. Oleh sebab sedap dan bijak perkataannya, luas dan benar tujuannya dipakainya sebagai sebutan-sebutan orang sebagai bandingan, teladan dan pengajaran” ( Za’ba 1965 : 165 )
Jadi, secara amnya peribahasa adalah percakapan atau ujaran yang mengandungi kebijaksanaan fikiran dan pemerhatian, yang tersusun dalam bentuk yang ringkas, indah, sedap didengar dan benar pada perasaan dan fikiran ( Keris Mas, 1988 : 136 )



MASALAH KAJIAN

Rahman Shaari ( 1993 : 88 ) berpendapat bahawa aspek peribahasa harus dianggap sebagai sama pentingnya dengan aspek-aspek lain dalam pengajaran bahasa Melayu. Hal ini sedemikian kerana peribahasa hidup dan berkembang bersama-sama perkembangan bahasa secara keseluruhannya.
Menurut Koh Boh Boon ( 1982 : 196 ) pula, “Peribahasa Melayu seharusnya diajar kepada murid-murid di sekolah supaya mereka dapat menikmati dan menghayati keindahannya, malah menggunakannya untuk melahirkan fikiran dan perasaan dengan tepat dan halus”.
Sesungguhnya peribahasa Melayu adalah elemen yang penting dalam kemahiran berbahasa. Namun begitu aspek peribahasa semakin kurang dititikberatkan. Pelajar-pelajar IPTA kini yang hidup dalam era sains dan teknologi ini lebih selesa dengan bahasa yang dianggap moden yang tidak menggambarkan bahasa klasik dan unsur sastera lama. Peribahasa semakin jarang atau tidak digunakan dalam kehidupan harian malah mungkin ada sesetengah peribahasa yang sudah menjadi begitu asing bagi generasi muda kini.


Persoalan ini turut diperkatakan oleh Edwar Djamanis ( 1985 : 338 ) bahawa peribahasa terasa tidak begitu mendapat perhatian lagi. Hal ini mungkin disebabkan oleh anggapan bahawa peribahasa adalah suatu bahasa klise yang sering digunakan dan dihafal oleh orang tua-tua sebagai bahan pidato dalam upacara adat. Ada pula yang meragui sama ada peribahasa masih sesuai digunakan dalam keadaaan masyarakat sekarang.
Oleh itu, penguasaan peribahasa Melayu di kalangan pelajar di sekolah mahupun para mahasiswa dan mahasiswi menjadi tanda tanya, walaupun bahasa Melayu ( BM ) semakin berkembang. Yang jelasnya, peribahasa Melayu semakin lenyap dalam perspektif BM dan di dunia yang semakin canggih.

OBJEKTIF KAJIAN

1. Meninjau penguasaan peribahasa Melayu di kalangan mahasiswa dan mahasiswi yang dipilih secara rawak di Universiti Malaysia Sabah.

2. Aspek ras dan jantina turut dikenalpasti dalam kajian ini.

3. Meninjau penggunaan peribahasa Melayu dalam kehidupan harian para mahasiswa dan mahasiswi dalam pergaulan sesama rakan-rakan, ahli keluarga dan tenaga pengajar di Universiti Malaysia Sabah.

4. Mencari sebab-sebab penggunaan peribahasa Melayu dalam kehidupan harian dan halangan-halangan dalam penggunaan peribahasa serta masalah-masalah yang dihadapi dalam mempelajari peribahasa Melayu.

5. Mencadangkan cara-cara untuk meningkatkan penguasaan peribahasa Melayu di kalangan para mahasiswa dan mahasiswi.



METODOLOGI KAJIAN

Subjek kajian ini dibuat ke atas 50 orang mahasiswa dan 50 orang mahasiswi di Universiti Malaysia Sabah. Mahasiswa dan mahasiswi terdiri daripada 46 orang Melayu, 29 orang Cina, 14 orang Kadazan dan 11 orang lain-lain kaum. Rata-rata mereka berkelulusan SPM, STPM, Matrikulasi atau Sijil perguruan.
Terdapat dua cara pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini iaitu :
( i) Ujian peribahasa ( bertulis ) – Ujian ini terbahagi kepada dua
bahagian yang terdiri daripada soalan-soalan simpulan bahasa dan perumpamaan. Kesemuanya terdiri daripada 20 soalan. Pada bahagian pertama, ia berbentuk mengisi tempat kosong iaitu sama ada memberikan peribahasa yang berkaitan atau menyatakan makna peribahasa tersebut ( 10 soalan ). Bahagian kedua yang terdiri daripada 10 soalan objektif.

(ii) Borang soal selidik – diedarkan selepas ujian itu untuk mengenal pasti latar belakang pelajar seperti jantina, kekerapan menggunakan
peribahasa Melayu dalam kehidupan harian, masalah yang dihadapi ( jika ada ) dalam kekerapan penggunaan peribahasa Melayu, penggunaan bahan bacaan dalam bahasa Melayu dalam kehidupan harian, mengkaji aspek pengajaran dan pembelajaran peribahasa di sekolah dan universiti.

Masa keseluruhan proses adalah selama 1 jam iaitu 30 minit untuk ujian 1 dan 30 minit untuk menjawab soalan-soalan di dalam Borang Soal Selidik.
Data-data yang diperoleh akan dianalisis secara manual mengikut cara berikut :


MARKAH


PERKARA

5


Jawapan tepat

2.5


Jawapan hampir tepat

0


Jawapan salah / tiada jawapan


Selepas markah diperoleh, peratusan akan dikira. Pencapaian pelajar dinilai mengikut gred permarkahan berikut :

GRED
MARKAH

A ( Cemerlang )

B ( Baik )

C ( Sederhana )

D ( Lemah )


80 ~ 100

50 ~ 79

20 ~ 49

0 ~ 19

Borang soal selidik akan membantu untuk melihat variabel-variabel yang mungkin mempengaruhi penguasaan peribahasa Melayu dalam kehidupan harian. Selain itu, sebab-sebab atau halangan-halangan dalam menggunakan peribahasa Melayu juga dapat dikaji. Masalah-masalah dalam mempelajari peribahasa Melayu juga dapat dikenalpasti melalui borang soal selidik ini.





BATASAN KAJIAN

Kajian ini hanya meninjau seramai 100 orang pelajar IPTA iaitu di Universiti Malaysia Sabah. Aspek peribahasa yang ditinjau hanya terdiri daripada simpulan bahasa dan perumpamaan. Tahap kesukaran soalan-soalannya agak mencabar dan sesuai dengan tahap pembelajaran sebagai pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam ( IPTA ). Aspek-aspek peribahasa yang lain seperti pepatah, bidalan dan kata-kata hikmat tidak dikaji dalam kajian ini.











DEFINISI

1. Simpulan Bahasa
Ø Menurut Mohd. Khusairi Hj. Abdullah ( 1971 : 255 ), simpulan bahasa merupakan satu ungkapan yang biasanya terdiri daripada dua perkataan dan erti tiap-tiap perkataan itu tidak lagi membawa erti yang asal perkataan itu. Contohnya, buah tangan, kaki ayam dan lain-lain.

Ø Za’ba ( 1962 : 151 ) pula berpendapat bahawa :
“Simpulan bahasa itu disebut juga ungkapan, dan ertinya rangkaian-rangkaian perkataan yang telah tetap tersimpul atau terbeku dengan susunan yang khas berlainan daripada asal.

Kesimpulannya : Simpulan bahasa ialah ungkapan yang terdiri daripada dua patah perkataan dan mengandungi makna tertentu dan tetap yang bukan lagi makna asal perkataan-perkataan tersebut.



2. Perumpamaan
Ø Kamus Dewan ( 1986 : 1324 ) mendefinisikan perumpamaan sebagai :
“Sesuatu yang dianggap sama dengan ibarat dan misal. Perumpamaan juga ialah sejenis peribahasa yang berupa perbandingan dengan sesuatu yang lain ( umumnya mengandungi ajaran ), dan sesuatu yang dijadikan contoh ( misalnya hal-hal yang telah berlaku dan lain-lain ), ampama, upama.”

Ø Za’ba mentakrifkan perumpamaan sebagai peribahasa yang mengumpamakan atau membandingkan keadaan sesuatu tingkahlaku manusia dengan “alam sejagatnya”. Biasanya perumpamaan menggunakan perkataan-perkataan perbandingan seperti : seperti, sebagai, seumpama, bagai, laksana, penaka, sepantun, bak dan umpama.


Kesimpulannya : Perumpamaan ialah ungkapan yang membandingkan dan mengumpamakan sesuatu perlakuan manusia dengan alam sejagat.

Lazimnya, perumpamaan menggunakan perkataan-perkataan seperti bagai, seperti, dan umpama di permulaan sesuatu peribahasa.

ANALISIS DATA

Data-data yang diperoleh dianalisis secara manual. Hanya peratusan diambil kira untuk menggambarkan penguasaan mahasiswa dan mahasiswi dalam peribahasa Melayu.


GRED


UJIAN 1


BILANGAN ORANG
PERATUSAN ( % )

A ( Cemerlang )

B ( Baik )

C ( Sederhana )

D ( Lemah )

Jumlah


-

-

68

32

100

-

-

68

32

100
Jadual 1. Penguasaan peribahasa Melayu di kalangan mahasiswa dan mahasiswi di UMS.

Jadual 1 menunjukkan mahasiswa dan mahasiswi yang belum mencapai tahap yang memuaskan dari segi gred yang baik. Jika ditinjau ujian, 1, mereka hanya mampu mencapai prestasi terbaik pada Gred C iaitu 68% dan 32% mencapai Gred D ( lemah ). Jelas di sini bahawa penguasaan mahasiswa dan mahasiswi dalam peribahasa Melayu perlu diperbaiki.


GRED


BANGSA

Melayu
Cina
Kadazan
Lain-lain

Bil.
%
Bil.
%
Bil.
%
Bil.
%


A

B

C

D

-

-

35

11

-

-

76

24


-

-

13

16

-

-

45

55


-

-

12

2

-

-

86

14

-

-

8

3

-

-

73

27


Jumlah


46

100

29

100

14

100

11


100

Jadual 2. Penguasaan peribahasa Melayu di kalangan mahasiswa dan mahasiswi Melayu, Cina, Kadazan dan lain-lain.

Dalam Jadual 2, Ujian 1 menunjukkan bahawa mahasiswa dan mahasiswi Kadazan menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding
pelajar Melayu, Cina dan lain-lain iaitu Gred C – 86% dan Gred D – 14%. Mahasiswa dan mahasiswi Cina dan lain-lain menunjukkan pencapaian yang kurang menggalakkan iaitu Gred D – 55% dan 27% masing-masing.


GRED


LELAKI

PEREMPUAN

UJIAN 1
UJIAN 1

Bilangan
%
Bilangan
%

A

B

C

D

-

-

42

8


-

-

84

16

-

-

26

24

-

-

52

48

Jumlah

50

100

50

100

Jadual 3. Penguasaan peribahasa Melayu di kalangan pelajar mengikut jantina.

Jadual 3 menunjukkan bahawa prestasi mahasiswa dalam penguasaan peribahasa Melayu lebih baik daripada mahasiswi. Dalam ujian 1, mahasiswa mencapai Gred C – 84%, Gred D – 16% manakala mahasiswi mencapai Gred C – 52%, Gred D – 58%.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa mahasiswa dapat memberi pencapaian yang lebih baik berbanding dengan mahasiswi.


BIL.

PERKARA

PERATUSAN ( % )


JUMLAH


Melayu
Cina
Kadazan
Lain-lain
( % )

(a)


(b)


(c)


(d)

Selalu membaca suratkhabar berbahasa Melayu

Selalu membaca majalah berbahasa Melayu

Selalu membaca buku berbahasa Melayu

Selalu menonton rancangan televisyen berbahasa Melayu


89


91


87


76


14


14


14


7



93


86


29


86


73


64


36


76

67.3


63.8


41.5


61.3
Jadual 4. Kekerapan membaca dan menonton rancangan televisyen berbahasa Melayu.

Secara keseluruhan, Jadual 4 menunjukkan bahawa mahasiswa dan mahasiswi didapati kurang membaca terutamanya buku-buku dalam bahasa Melayu, iaitu 41.5% sahaja. Surat khabar, majalah dan rancangan televisyen berbahasa Melayu lebih mendapat sambutan iaitu masing-masing 67.3%,

63.8% dan 61.3%. Sungguhpun begitu, mahasiswa dan mahasiswi bangsa Melayu dan Kadazan didapati lebih banyak membaca bahan bacaan dalam bahasa Melayu dan menonton rancangan televisyen berbahasa Melayu berbanding dengan bangsa Cina dan lain-lain.

PERKARA


KEKERAPAN

PERATUSAN ( % )

JUMLAH
( % )


Melayu
Cina
Kadazan
Lain-lain


Menggunakan peribahasa Melayu dengan kawan-kawan.


Tidak pernah
Jarang-jarang
Selalu
Sangat kerap

13
69
9
9

55
45
-
-

36
64
-
-

27
37
18
18

32.8
53.8
6.7
6.7

Menggunakan peribahasa Melayu dengan pensyarah.

Tidak pernah
Jarang-jarang
Selalu
Sangat kerap


54
37
9
-

83
17
-
-

93
7
-
-

73
27
-
-

76
22
2
-

Menggunakan peribahasa Melayu dengan ahli keluarga

Tidak pernah
Jarang-jarang
Selalu
Sangat kerap


24
59
13
4

83
14
-
3

64
36
-
-

45.5
45.5
9
-

54
38
6
2

Penggunaan peribahasa Melayu dalam kehidupan harian.


Suka
Tidak

50
50

10
90

36
64

45.5
54.5

35
65
Jadual 5. Penggunaan peribahasa Melayu dalam kehidupan harian.

Secara keseluruhan, jadual 5 menunjukkan bahawa 32.8% tidak pernah menggunakan peribahasa Melayu dengan kawan-kawan, manakala 53.8% jarang-jarang menggunakan peribahasa Melayu dengan kawan-kawan. Penggunaan peribahasa dengan pensyarah di universiti juga tidak menggalakkan iaitu 76% tidak pernah menggunakannya manakala 22% jarang-jarang menggunakannya. Hanya 2% sahaja yang selalu menggunakannya dengan pensyarah.
Penggunaan peribahasa Melayu dengan ahli keluarga juga kurang memberangsangkan iaitu 54% tidak pernah menggunakannya, manakala 38% jarang-jarang menggunakannya. Hanya 2% sahaja yang sangat kerap menggunakan peribahasa dengan ahli keluarga. 65% mahasiswa dan mahasiswi tidak suka menggunakan peribahasa Melayu dalam kehidupan harian mereka. Hanya 35% sahaja yang suka menggunakan peribahasa Melayu dalam kehidupan harian mereka.
Dari aspek ras, dapatan kajian menunjukkan bahawa semua pelajar IPTA tidak kira kaum Melayu, Cina, Kadazan dan lain-lain tidak suka menggunakan peribahasa Melayu dalam kehidupan harian mereka.




PERKARA

KEKE-RAPAN

PERATUSAN ( % )

JUMLAH
( % )



Melayu
Cina
Kadazan
Lain-lain


1. Bimbingan dan pemahaman makna yang tersurat dan tersirat dalam peribahasa.


Ya

Tidak

52

48

66

34

50

50

73

27

60

40

2. Galakan penggunaan peribahasa Melayu dalam kemahiran lisan dan tulisan.


Ya

Tidak

52

48

55

45

50

50

36

64

48

52


3. Guru mata pelajaran lain menggunakan peribahasa Melayu secara tidak langsung.


Ya

Tidak

43

57

17

83

36

64

50

50



64

4. Penggunaan peribahasa dalam pengajaran pensyarah anda.


Ya

Tidak

30

70

83

17

64

36

36

64

53

47

5. Seronok mempelajari peribahasa semasa pengajaran guru.


Ya

Tidak

78

22

45

55

71

29

82

18

69

31
Jadual 6. Aspek pengajaran pembelajaran peribahasa Melayu.

Secara keseluruhannya, Jadual 6 menunjukkan bahawa 60% sampel responden ini mendapat bimbingan dan pemahaman makna yang tersurat dan tersirat dalam peribahasa. Namun begitu, 52% menyatakan mereka kurang mendapat galakan dari segi penggunaan peribahasa Melayu dalam kemahiran lisan dan tulisan. Didapati bahawa 64% daripada guru mata pelajaran lain tidak menggunakan peribahasa Melayu secara tidak langsung dalam pengajaran mereka. 53% responden menyatakan bahawa terdapat penggunaan peribahasa dalam pengajaran pensyarah mereka terutamanya yang berkaitan dengan subjek sastera. Namun begitu, sebanyak 31% responden tidak berminat semasa pengajaran peribahasa Melayu.










RUMUSAN

Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa penguasaan peribahasa Melayu di kalangan mahasiswa dan mahasiswi ( responden ) di Universiti Malaysia Sabah masih pada tahap yang kurang memberangsangkan. Ujian 1 yang telah dijalankan membuktikan bahawa ada responden yang hanya tahu serba sedikit tentang peribahasa Melayu tetapi masih belum menguasai peribahasa Melayu dengan sepenuhnya. Ini menyebabkan mereka tidak dapat menggunakan peribahasa dengan meluasnya dalam kehidupan harian sama ada dengan rakan-rakan, ahli keluarga dan para pensyarah masing-masing.
Selain itu, kajian ini telah dapat mengenalpasti beberapa faktor yang menyebabkan penguasaan responden-responden dalam peribahasa Melayu pada tahap yang perlu diperbaiki lagi. Berikut diringkaskan faktor-faktor tersebut dalam peta minda di muka surat sebelah.



Kurang membaca Tidak memahami
bahan bacaan dalam peribahasa Melayu
bahasa Melayu dengan baik


Tahap penguasaan
peribahasa yang
kurang memuaskan


Kesukaran untuk Sikap tidak suka
memahami peribahasa atau menolak
dan maknanya peribahasa Melayu
yang pelbagai

Peribahasa Melayu
sukar diingat
atau dihafal

Berdasarkan hasil dapatan, maka berikut dicadangkan cara-cara untuk meningkatkan penguasaan peribahasa di kalangan pelajar-pelajar IPTA umumnya dan khasnya di UMS.
Cadangan-cadangan untuk mempertingkatkan penguasaan peribahasa di kalangan pelajar-pelajar IPTA.

Ø Aspek Pengajaran Peribahasa Melayu
Koh Boh Bon ( 1982 : 198 ) menyarankan pendekatan pengajaran yang dapat mengajar peribahasa Melayu dengan cara berkesan iaitu pendekatan kontekstual.

Ø R.J Wingfield ( 1968 : 231 ) berpendapat bahawa dalam pengajaran peribahasa pelajar-pelajar perlu didedahkan dengan budaya bangsa peribahasa itu dan peribahasa yang diajar perlu dipilih dengan teliti untuk memberi kefahaman dan galakan kepada mereka untuk terus menggunakannya.

Ø Nathesan ( 1989 : 69 ) berpendapat bahawa simpulan bahasa seharusnya diberi perhatian yang wajar dalam penulisan dan penuturan. Corak

pengajaran simpulan bahasa bukan sekadar menghafal tetapi harus diajar untuk menikmati dan menggunakannya secara meluas dalam kehidupan harian mereka.

Ø Cover, D.J ( 1971 : 51-53 ) berpendapat bahawa peribahasa boleh diajar dengan empat teknik supaya pelajar dapat menguasai peribahasa Melayu dengan baik iaitu :

1. Guru perlu menggunakan nota tatabahasa sebagai alat mencatatkan peribahasa yang terpilih dan membina ayat berdasarkan peribahasa tersebut.
2. Dalam kemahiran lisan, pelajar-pelajar membaca petikan yang mengandungi peribahasa. Seterusnya guru menanya semula peribahasa tersebut dan berbincang tentang peribahasa yang telah dibaca.
3. Guru menggunakan teknik karangan di papan tulis. Guru mencatat peribahasa di papan tulis dan membimbing pelajar-pelajar dalam perbincangan sambil mencatatkan isi-isi dari peringkat demi peringkat yang akhirnya menghasilkan satu karangan yang lengkap.

4. Guru menggunakan petikan dialog. Guru memilih petikan yang pendek yang mengandungi peribahasa untuk dihafal oleh pelajar-pelajar. Teknik ini boleh membantu pelajar-pelajar mengingat konteks peribahasa yang digunakan apabila perlu.

Terbuktilah bahawa pengajaran pembelajaran peribahasa di sekolah perlu ditingkatkan agar mampu menghasilkan bakal pelajar IPTA yang berkemampuan menguasai penggunaan peribahasa dalam kehidupan seharian. Kini pelajar-pelajar IPTA lemah penguasaan peribahasa ada kaitan rapat dengan faktor pengajaran pembelajaran peribahasa di sekolah sebelum mereka memasuki universiti.
Disebabkan cara pengajaran dan pembelajaran yang kurang berkesan di sekolah sebelum mereka masuk ke universiti, maka budaya penggunaan peribahasa Melayu dan cara mempelajari peribahasa dengan teknik yang betul masih pada tahap yang perlu diperbaiki.
Jelaslah bahawa pendekatan kontekstual serta teknik-teknik pengajaran yang berkesan perlu diterapkan dalam pengajaran pembelajaran peribahasa Melayu. Selain itu, pelajar-pelajar IPTA perlu mengubah sikap mereka ke arah pemikiran yang positif kerana menurut pendapat Asmah Haji

Omar ( 1993 ) tentang definisi sikap, beliau menyatakan bahawa sikap positif lahir bersama-sama fikiran yang positif. Sikap positif selalunya menghasilkan kesan yang positif. Jadi sikap pelajar IPTA yang negatif terhadap peribahasa Melayu telah menyebabkan penguasaan peribahasa Melayu pada tahap yang tidak memuaskan.
Selain itu, dicadangkan agar semua pihak yang terlibat secara langsung dalam proses pendidikan untuk menghasilkan graduan-graduan yang berilmu pengetahuan dari pelbagai aspek perlu mengambil inisiatif untuk meningkatkan penguasaan peribahasa di kalangan pelajar IPTA umumnya dan mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaysia Sabah khasnya.









KESIMPULAN

Menurut Mohd. Tajuddin Bin Hj. Abdul Rahman ( 1986 : iv ) berpendapat bahawa seseorang yang dapat menggunakan peribahasa berkenaan di tempat-tempat yang betul, baik dalam percakapan mahupun tulisan, akan memberikan satu gambaran tentang kemahiran menggunakan sesuatu bahasa.
Oleh kerana bahasa Melayu merentas kurikulum, maka adalah wajar peribahasa Melayu diberi perhatian dalam pendidikan bahasa Melayu agar dapat mencapai ketrampilan berbahasa, iaitu menguasai kecekapan berbahasa dan ketepatan berkomunikasi.
Maka dapat disimpulkan bahawa penguasaan peribahasa di kalangan mahasiswa dan mahasiswi di Universiti Malaysia Sabah juga amat bergantung kepada usaha sendiri untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan tentang peribahasa yang begitu ditekankan kepentingannya oleh pakar-pakar bahasa.




Lampiran 1
Nama :
Markah:

No. Matrik :
Ujian 1 Peribahasa ( Simpulan Bahasa dan Perumpamaan )

A) Arahan : Isi ruangan kosong dengan peribahasa atau makna peribahasa
.yang sesuai.

Peribahasa Makna

1. Mata betung


2 Naik tangan


3 Orang kebanyakan


4 Panjang Lidah


5 Ringan kepala


6 Bagai rumput di tengah jalan


7 Bagai bersuluh matahari


8 Bagai tempayan tertiarap di air


9 Seperti tikus jatuh ke beras


10 Bagai ulam mencari sambal


B) Arahan: Bulatkan pilihan jawapan anda yang paling tepat.


1. Adalah suatu pekerjaan yang sukar untuk menduga hati seseorang

A Tak ada air peluh diurut

B Seperti air pembasuh kaki

C Bagai menyelami air dalam tonggak

D Bagai menyurut di atas air


2 Angin puting beliung, angin berputar-putar atau putaran angin atau kisaran angin

A Angin paksa

B Angin puyuh

C Angin sorong buritan

D Khabar angin

3 Seseorang lelaki yang penakut

A Seperti ayam betina

B Seperti ayam gadis bertelur

C Ayam laga sekandang

D Merdeka ayam





4 Seseorang itu mempunyai tugas masing-masing


A Bakar tak berbau

B Seperti kulit badak

C Bagai pekak pembakar meriam

D Jejak-jejak bara

5 Sesuatu perpisahan untuk selama-lamanya

A Bagai putus benang

B Tak berkain sehelai benang

C Menegakkan bendar sondai

D Bagai ilah dengan benang

6 Seseorang yang sangat pandai amat sukar untuk dikalahkan

A Bagai meramas biji cempedak

B Ibarat menabur biji di atas batu

C Seperti birah tidak berurat

D Bagai membuat titian bertakuk










7 Bagai buntal kembung bermaksud

A Seseorang yang bersusah hati

B Seorang yang bodoh tetapi bersikap sombong

C Seorang yang hina tetapi berlagak seperti orang yang mulia

D Seseorang yang terikat oleh sesuatu keadaan

8 Seperti daun delima dengan bunganya

A Seseorang yang tidak mahu menerima nasihat orang lain

B Seseorang yang penyabar dan tidak lekas marah

C Seseorang yang sangat terkejut atau sangat marah .

D Sesuatu penghidupan yang tidak berguna.


9 Gigit jari bermaksud

A Seseorang yang sangat kecewa sekali

B Seseorang yang tidak berkuasa lagi

C Seseorang yang mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin akan
terjadi

D Seseorang yang menipu kawannya sendiri secara diam- diam









10 Seperti rusa kena tembak

A Seseorang yang selalu gelisah atau tidak tenang

B Seseorang yang sangat miskin

C Seseorang yang hidupnya serba susah

D Seseorang yang mempunyai rupa yang gagah berani tetapi penakut




Lampiran 2
Jawapan :
A) Arahan : Isi ruangan kosong dengan peribahasa atau makna peribahasa
.yang sesuai.

Peribahasa Makna

1 Mata betung - seseorang yang bodoh atau buta huruf


2 Naik tangan - seseorang yang telah mendapat
keuntungan

3 Orang kebanyakan - rakyat jelata


4 Panjang Lidah - seorang yang suka menyampaikan
kata-kata orang kepada orang lain

5 Ringan kepala - seseorang yang mudah mengerti


6 Bagai rumput di tengah jalan - seseorang yang hidupnya serba susah


7 Bagai bersuluh matahari - sesuatu perkara yang telah
diketahui dengan jelas

8 Bagai tempayan tertiarap di air - seseorang yang tidak mahu
menghiraukan nasihat

9 Seperti tikus jatuh ke beras - seseorang yang mendapat tempat
yang penuh dengan kesenangan
dan kebahagiaan

10 Bagai ulam mencari sambal - seseorang perempuan yang mencari
laki-laki atau suami


C) Arahan: Bulatkan pilihan jawapan anda yang paling tepat.


1. Adalah suatu pekerjaan yang sukar untuk menduga hati seseorang

A Tak ada air peluh diurut

B Seperti air pembasuh kaki

C Bagai menyelami air dalam tonggak

D Bagai menyurut di atas air


2. Angin puting beliung, angin berputar-putar atau putaran angin atau kisaran angin

A Angin paksa

B Angin puyuh

C Angin sorong buritan

D Khabar angin

3. Seseorang lelaki yang penakut

A Seperti ayam betina

B Seperti ayam gadis bertelur

C Ayam laga sekandang

D Merdeka ayam






4 Seseorang itu mempunyai tugas masing-masing


A Bakar tak berbau

B Seperti kulit badak

C Bagai pekak pembakar meriam

D Jejak-jejak bara

5 Sesuatu perpisahan untuk selama-lamanya

A Bagai putus benang

B Tak berkain sehelai benang

C Menegakkan bendar sondai

D Bagai ilah dengan benang

6 Seseorang yang sangat pandai amat sukar untuk dikalahkan

A Bagai meramas biji cempedak

B Ibarat menabur biji di atas batu

C Seperti birah tidak berurat

D Bagai membuat titian bertakuk










7 Bagai buntal kembung bermaksud

A Seseorang yang bersusah hati

B Seorang yang bodoh tetapi bersikap sombong

C Seorang yang hina tetapi berlagak seperti orang yang mulia

D Seseorang yang terikat oleh sesuatu keadaan

8. Seperti daun delima dengan bunganya

A Seseorang yang tidak mahu menerima nasihat orang lain

B Seseorang yang penyabar dan tidak lekas marah

C Seseorang yang sangat terkejut atau sangat marah .

D Sesuatu penghidupan yang tidak berguna.


9. Gigit jari bermaksud

A Seseorang yang sangat kecewa sekali

B Seseorang yang tidak berkuasa lagi

C Seseorang yang mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin akan
terjadi

D Seseorang yang menipu kawannya sendiri secara diam- diam









10 Seperti rusa kena tembak

A Seseorang yang selalu gelisah atau tidak tenang

B Seseorang yang sangat miskin

C Seseorang yang hidupnya serba susah

D Seseorang yang mempunyai rupa yang gagah berani tetapi penakut















Borang Soal Selidik Lampiran 3
Bahagian 1

Isikan ruangan di bawah dengan butir-butir yang lengkap

1. Nama:

2 Sekolah:

3 Nombor Matrik:

4 Bangsa:

5 Bahasa Ibunda :

6 Tahap Pendidikan: SPM / STPM / DIPLOMA / LAIN-LAIN :

7 Keputusan BM di peringkat SPM / STPM :

8 Nama bapa: Bangsa: Pekerjaan:

9 Nama ibu : Bangsa:
Pekerjaan:
Bahagian 2

Sila tandakan ( / ) pada jawapan anda.

1 Adakah anda selalu membaca surat khabar berbahasa Melayu?
( ) Ya ( ) Tidak

2 Adakah anda selalu membaca buku-buku berbahasa Melayu?
( ) Ya ( ) Tidak

3 Adakah anda selalu menonton rancangan televisyen berbahasa Melayu?
( ) Ya ( ) Tidak

4 Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan istilah peribahasa?
( ) Ya ( ) Tidak

Bahagian 3

Dalam bahagian ini, sila jawab soalan-soalan yang berkaitan dengan bahasa
yang anda gunakan. Anda diminta menjawab dengan ikhlas. Tandakan ( / )
pada jawapan anda.

1 Bahasa yang anda kuasai. (Tandakan sebanyak mungkin berdasarkan
penguasaan anda )

a. ( ) Bahasa Melayu
b. ( ) Bahasa Inggeris
c. ( ) Bahasa Cina
d. ( ) Bahasa Tamil
e. ( ) Bahasa-bahasa lain ( Nyatakan:)

2 Apakah bahasa yang sering anda gunakan di rumah? ( Tandakan satu

a. ( ) Bahasa Melayu
b. ( ) Bahasa Inggeris
c. ( ) Bahasa Cina
d. ( ) Bahasa Tamil
e ( ) Bahasa –bahasa lain (Nyatakan:)

3 Semasa anda berbual-bual dengan rakan-rakan di universiti, adakah anda
menggunakan peribahasa Melayu?

( ) Tidak pernah
( ) Jarang-jarang
( ) Selalu
( ) Sangat Kerap

4 Semasa anda berbual-bual dengan pensyarah-pensyarah di universiti, adakah anda menggunakan peribahasa Melayu?

( ) Tidak pernah
( ) Jarang-jarang
( ) Selalu



5 Semasa anda berbual-bual dengan ahli keluarga anda, adakah anda
menggunakan peribahasa Melayu?

( ) Tidak pernah
( ) Jarang-jarang
( ) Selalu
( ) Sangat kerap

6 Adakah anda suka menggunakan peribahasa Melayu dala kehidupan
harian anda?

( ) Ya
( ) Tidak

7 Apakah masalah yang dihadapi ketika mempelajari peribahasa Melayu?

…………………………………………………………………………. ………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………

Bahagian 4

Dalam bahagian ini, anda dikehendaki menjawab soalan-soalan berhubung
dengan pengajaran dan pembelajaran peribahasa Melayu.

1 Adakah guru bahasa anda memberi penjelasan tentang maksud
Peribahasa?

( ) Ya
( ) Tidak

2 Adakah anda cenderung menghafal maksud peribahasa Melayu yang
diberi?

( ) Ya
( ) Tidak




3 Adakah guru bahasa anda sering menggunakan peribahasa dalam
pengajarannya?

( ) Ya
( ) Tidak


4 Adakah guru bahasa anda membimbing anda memahami makna yang
tersurat dan menyelami makna yang tersirat dalam peribahasa?

( ) Ya
( ) Tidak

5 Adakah guru bahasa anda menyuruh anda membina ayat berdasarkan
peribahasa-peribahasa yang diberi?

( ) Ya
( ) Tidak

6 Adakah guru bahasa anda menggalakkan penggunaan peribahasa Melayu
dalam kemahiran lisan dan penulisan?

( ) Ya
( ) Tidak

7 Selain guru bahasa Melayu anda, adakah guru mata pelajaran lain
menggunakan peribahasa Melayu dalam pengajaran mereka di dalam
konteks yang sesuai?

( ) Ya
( ) Tidak

8 Adakah pensyarah-pensyarah di universiti menggunakan peribahasa
Melayu secara tidak langsung dalam pengajaran mereka?

( ) Ya
( ) Tidak



9 Apakah komen anda terhadap penggunaan peribahasa Melayu dalam
pengajaran pembelajaran pensyarah anda?

Baik / Memuaskan / Perlu dipertingkatkan

10 Adakah anda seronok mempelajari penggunaan peribahasa semasa
pengajaran guru anda?

( ) Ya
( ) Tidak
























BIBLIOGRAFI

Abdulah Hussain, Kamus Istimewa – Peribahasa Melayu, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995.

Cover. D.J., Idioms and the teaching of an active vocabulary. English, Language Teaching, 26 : 1, Britain : Oxford University Press, 1971,
hlm 47 – 54.

Koh Boh Boon, Pengajaran Peribahasa Melayu dalam Jurnal Dewan Bahasa, 26 : 3, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982,
hlm 196 – 200.

Rahman Shaari, Memahami Gaya Bahasa, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia, 1993.

Za’ba, Ilmu Mengarang Melayu, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1962.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin