Antara fakta DEB dan manifesto Chua Jui Meng
Oleh Khairuddin Othman
DAKWAAN calon Presiden MCA, Datuk Chua Jui Meng, dalam manifestonya untuk merebut pucuk pimpinan parti itu baru-baru ini bahawa pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) perlu dikaji semula kerana ia sekarang sudah tidak lagi menjadi keperluan memandangkan orang Melayu sudah berjaya, adalah mengelirukan. Persoalannya orang Melayu mana yang sudah berjaya? Apa definisi beliau mengenai ‘berjaya’? Masalahnya, data yang ada tidak menunjukkan orang Melayu berjaya jika dibandingkan dengan kaum Cina. Jika pemilikan harta, peluang pekerjaan, dan masa depan yang lebih cemerlang menjadi kayu ukur, malangnya, kaum Melayu masih belum berjaya. Untuk menentukan kenyataan ini, lihat saja penemuan kajian syarikat bebas AC Nielsen Sdn Bhd yang menunjukkan kaum Melayu masih ketinggalan dalam pelbagai aspek ekonomi yang boleh menentukan kejayaan dalam dunia ini.
Pertama, kita lihat carta yang disertakan bersama dan didapati hampir setengah bangsa Melayu tinggal di kawasan luar bandar. Sedarkah Jui Meng bahawa di kawasan ini mereka tidak mempunyai peluang yang lebih baik daripada aspek pekerjaan, kemudahan pendidikan (seperti makmal, perpustakaan dan tenaga pengajar) dan kemudahan sokongan (seperti hospital, pameran, perpustakaan awan, air paip dan elektrik). Keadaan ini jauh berbanding kaum Cina yang 50 peratus mendiami kawasan bandar raya dan 37 peratus di kawasan bandar lain. Keadaan yang serba kekurangan ini turut dirasai di kalangan kaum India di estet. Manifesto Jui Meng yang juga bekas Naib Presiden MCA akan lebih bererti jika beliau memperjuangkan ketidaksamaan dalam jurang ekonomi dan pemilikan harta serta pembahagiannya yang lebih adil di kalangan semua kaum. Jika tidak, ini yang akan menjadi pencetus kepada sebarang keresahan di kalangan rakyat negara ini pada masa akan datang. Dan kita tidak mempunyai masa yang banyak.
Dengan itu, tidak hairan purata pendapatan isu rumah keluarga Melayu adalah RM2,711 sebulan, berbanding RM4,437 bagi isi rumah kaum Cina, seperti dalam carta. Ini menunjukkan pendapatan isi rumah keluarga Melayu kurang 39 peratus daripada pendapatan keluarga kaum Cina. Bukan itu saja, 77 peratus purata isi rumah Melayu mempunyai pendapatan bulanan RM2,000 ke bawah, berbanding 36 peratus dari kaum Cina. Sementara itu, hanya 24 peratus isi rumah Melayu mempunyai purata pendapatan bulanan lebih RM2,000, berbanding 48 peratus kaum Cina. Dengan kekurangan ketara ini, bagaimana Melayu boleh menjamin pendidikan yang baik dan memiliki harta. Bayangkan saja, hampir 40 peratus atau 3.2 juta orang Melayu yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang RM1,000 sebulan, berbanding 12 peratus atau 468,000 kaum Cina. Bolehkah Jui Meng merasai keperitan keluarga Melayu (yang paling ramai), Cina dan India yang hidup dengan pendapatan isi rumah kurang RM1,000 sebulan?
Oleh itu, berbalik kepada dakwaan Jui Meng, orang Melayu mana dan berapa ramai yang sudah ‘berjaya’? Inilah tanggungjawab paling besar ahli politik kita yang terlepas pandang. Tanpa persamaan pendidikan dan pendapatan keluarga seperti di bandaraya, besar kemungkinan kaum Melayu dan India akan terus gagal dalam pelbagai persaingan merebut peluang ekonomi dan kesejahteraan hidup. Ini belum diambil kira peluang ‘kejayaan’ mereka. Oleh itu, janganlah kita membuat dakwaan mengikut emosi untuk meraih sokongan daripada satu kaum saja tanpa fakta. Kenyataan emosi, semua orang boleh buat. Contohnya, mengapa syarikat besar kaum Cina amat sukar melantik kaum Melayu di bahagian pengurusannya? Mengapa syarikat kaum Cina enggan membantu syarikat Melayu dalam pemberian tender binaan, pembekalan, perkhidmatan pengiklanan, perhubungan awam, latihan, perundangan dan perakaunan? Saya ingin mengesyorkan bahawa ahli politik kita seharusnya mendapatkan laporan bulanan buletin statistik kependudukan, terbitan Jabatan Perangkaan Malaysia supaya mereka lebih sedar keadaan sebenar yang ditanggung rakyat. Oleh itu, kenyataan mereka akan lebih bernas dan adil. Ketika ini, nampaknya, dalam tempoh 51 tahun merdeka, kita masih lagi tidak bebas untuk memperjuangkan kesejahteraan semua bangsa sebagai rakyat yang bersatu di negara ini. Untuk rekod, Jui Meng terbabit dalam pertandingan satu lawan satu bagi merebut jawatan Presiden MCA Sabtu ini.

0 comments:
Catat Ulasan