Perkembangan Konsep-Konsep Pemakanan
Pendahuluan
Rasulullah s.a.w pernah bersabda bermaksud
“Tidak dipenuhkan oleh seseorang manusia akan karungnya , yang lebih jahat daripada perutnya. Mencukupilah bagi anak Adam itu beberapa suap yang menegakkan sulbinya untuk beribadat. Kalau tidak diperbuatnya yang demikian, maka sepertiga makanan dan sepertiga minuman serta sepertiga udara”
(Sir al-salikin. Jil.2 hlm 3)[1]
Rasulullah juga pernah menganjurkan supaya kita makan hanya apabila kita lapar dan berhenti makan sebelum kenyang. Jika dikaji secara bersungguh-sungguh tentang amalan pemakanan, ternyata saranan bukan sahaja membawa implikasi kesihatan bahkan juga ekonomi dan sosial[2].
Kita di Malaysia mungkin sering mendengar ungkapan iaitu makan untuk hidup atau hidup untuk makan. Pada satu sisi ungkapan pertama bermaksud makan dengan sekadarnya bagi meneruskan kehidupan, manakala ungkapan kedua berkonotasi dengan meletakkan prioriti terhadap hidup semata-mata untuk makan. Bagi sebilangan besar masyarkat majmuk di negara kita, perkembangan dan perubahan tingkat ekonomi dalam masyarakat turut mempengaruhi konsep makanan dan pemakanan. Sewaktu tingkat ekonomi masih rendah, kita tercari-cari apa benda untuk dimakan dan setelah tingkat ekonomi meningkat sedikit perubahan gaya hidup menyebabkan kita mencari-cari tempat di mana untuk makan. Bagi mereka yang bertaraf kasta tinggi, golongan koporat dan jutawan yang sudah cukup kukuh dan mantap ekonominya, terdapat metafora yang dicipta oleh orang Melayu bagi menggambarkan keadaan tersebut iaitu hari ini mahu makan siapa.
Definisi Pemakanan
Pemakanan diertikan sebagai beberapa siri proses yang melaluinya organisma mengambil dan mencerna makanan untuk merangsang tumbesaran, memberikan tenaga, menggantikan tisu yang lama atau rosak dan mencegah sesetengah penyakit[3]. Pengetahuan dalam bidang pemakanan adalah agak baru terutama yang berkaitan dengan vitamin dan unsur-unsur surih. Ahli-ahli perubatan juga adakalanya tidak begitu mengetahui ha-hal berkenaan dengan pemakanan seperti yang sepatutunya[4]. Disebabkan hal ini jugalah menunjukkan bahawa maklumat berkenaan dengan gejala awal kekurangan zat makanan boleh didapati tetapi terdapat beberapa kes sedemikian yang tidak disedari, yang kadang-kadang berbahaya kepada penghidapnya.
Keperluan untuk memastikan diet yang cukup dengan zat-zat makanan telah menyebabkan bertambahnya data yang berkaitan dengan keperluan diet. Dietetik merujuk kepada rawatan penyakit melalui perubahan dalam pengambilan makanan. Jika dilihat dari segi takrifan bagi dua bidang yang berbeza tetapi saling bertindih ini, diperhatikan bahawa dietetik mempunyai sejarah yang lebih panjang. Antara hasil tulisan Hippocrates (460 – 360 S.M.) termasuklah satu injuksi berbunyi “Biarlah makanan anda menjadi ubat anda, dan satu-satunya ubat anda ialah makanan anda.”
Teks perubatan Mesir purba yang kini dikenali sebagai Papyrus Eber (1550 – 1570 S.M) memberi cadangan untuk mengubat penyakit mata dengan memanggang hati lembu dan kemudian memerahnya ke atas mata yang dijangkiti penyakit. Dalam tulisan China purba pula (1600 S.M.) mengatakan bahawa hati yang dicelup dengan madu boleh digunakan untuk tujuan yang sama. Galen (129 – 199 Masehi) pula mencadangkan agar orang yang menderita penyakit rabun malam agar mengamalkan memakan hati kambing[5]. Penyakit skurvi yang kini diketahui berpunca daripada kekurangan vitamin C, telah disingkap dalam Papyrus Eber dan tanda-tandanya (simptom) disenaraikan oleh Hippocrates (460 – 360 S.M.). Penyakit goiter[6] yang kini diketahui berpunca daripada kekurangan iodin, telah disebut dalam teks perubatan China purba oleh seorang doktor Cina, Souen-Sse-Mo (581 – 682 Masehi). Beliau mencadangkan rumpai laut (satu sumber iodin) sebagai ubat bagi goiter[7].
Kemunculan huraian mengenai penyakit rikets agak baru berbanding beberapa penyakit yang disebut sebelum ini. Rikets yang berpunca daripada kekurangan vitamin D dihuraikan oleh Daniel Whistler pada tahun 1645[8]. Namun begitu, minyak hati ikan cod telah digunakan secara tradisi sebagai ubat bagi rikets. Daripada amalan tradisional tersebut, ia mula diperkenalkan dan digunakan dalam amalan perubatan pada lewat kurun ke-18.
Sejarah Konsep-konsep Pemakanan
Sains pemakanan dikatakan telah diasaskan oleh Lavoisier dalam kurun ke-18. Namun ia mempunyai akar-umbi dalam pemerhatian yang dibuat oleh orang Yunani purba. Beberapa prinsip yang dipegang oleh orang Yunani telah didapati salah. Namun ada juga prinsip yang hanya dibuktikan betul selepas 2,000 tahun kemudian (Guggenheim 1981). Sains pada zaman tersebut dan bagi beberapa abad selepas itu, mempercayai bahawa senaman “memakan badan”, manakala makanan menggantikan apa yang telah “digunakan” oleh senaman; makanan turut membekalkan bahan binaan dan tenaga. Sejak zaman itu lagi, mereka dapat membezakan keperluan untuk membesar dan memulihara, dengan keperluan untuk rehat dan aktiviti otot. Penggunaan tenaga oleh badan dalam keadaan rehat kini dikenali sebagai Kadar Metabolisme Asas atau dalam Bahasa Inggeris sebagai Basal Metabolic Rate.
Aristotle (384–322 Masehi) mengatakan bahawa makanan dihancurkan secara mekanikal di dalam mulut, kemudian melalui “bancuhan” pertama di dalam perut (istilah sains moden ialah pepsis). Bahagian cecair daripada bancuhan itu adalah berguna dan diserap oleh saluran darah di perut dan usus. Bahagian pepejal dan yang tidak dapat dihadamkan akan dibuang sebagai tinja. “Apabila banyak makanan diambil, daging dibentuk, selebihnya akan ditukar menjadi lemak, lemak yang terlebih adalah merbahaya”.[9]
Hasil tulisan Galen (129–199 Masehi) begitu berautoriti sehingga ia menjadi asas kepada sains perubatan untuk 1,500 selepas itu. Galen menulis bahawa “pemakanan ialah satu proses metabolik yang berlaku di dalam tisu-tisu – makanan mesti disediakan atau diubahsuai melalui tindakan air liur dan diikuti oleh pengubahsuaian seterusnya dalam perut”. Proses tersebut disifatkan sebagai suatu proses pertukaran kualiti. Beliau turut menulis bahawa sebarang gangguan terhadap penyerapan, penghantaran, metabolisme, asimilasi dan perkumuhan yang merupakan proses yang saling berkait akan menggugat keseimbangan badan yang sensitif. Ini akan membawa kepada penyusutan atau obesiti[10]. Beliau juga menyarankan bahawa “senaman cergas” seperti berlari sebagai satu cara untuk mengurangkan obesiti – suatu konsep yang hanya baru-baru ini ditemui semula.
Sekian lama sebelum Lavoisier, Galen telah membandingkan penjanaan haba daripada makanan dengan proses pembakaran seperti yang berlaku di luar badan, iaitu suatu konsep yang diperam selama 1,500 tahun untuk dibuktikan betul. Pada tahun 1843, Justus von Liebig (1803 – 1873) yang turut dikenali sebagai Bapa Kimia Organik, dalam bukunya “Kimia Haiwan atau Kima Organik seperti diamalkan dalam Fisiologi dan Patologi”, menunjukkan bahawa haba yang digunakan dalam pembakaran makanan di dalam badan merupakan sebab musabab suhu badan sentiasa kekal sama. Walaupun pembakaran[11] ini, boleh berlaku dengan cepat mahupun lambat, pada suhu tinggi mahupun rendah, ia akan sentiasa memberikan haba yang sama. Dalam dekad yang sama dengan penerbitan Liebig, Hukum Pengekalan Tenaga (Law of conservation of energy) ditemui secara berasingan oleh tiga orang: doktor German, Julius Robert Mayer (1814–1878) yang menakrifkan unit ukuran tenaga daripada makanan sebagai kalori; ahli fizik Inggeris, James Precott Joule (1818 – 1889); dan ahli fisiologi Jerman, Hermann-Ludwig Ferndinand Helmholz (1821 – 1894).
Beberapa kurun selepas Galen, Ibn Sina (980 – 1037 Masehi) dari Bukhara, yang dikenali dalam penulisan Barat dan penulisan moden sebagai Avicenna, telah menerbitkan kod perubatan Yunani dan pengetahuan perubatan Islam. Salah satu daripada bukunya yang terkenal, “Al-Qanun al-Tibb” yang mula diterjemah ke bahasa Latin di Rom pada 1593 dengan cepat telah menggantikan teks perubatan Galen, al-Razi dan al-Majusi, sebagai teks pendidikan perubatan di universiti-universiti seluruh Eropah.
Perkembangan seterusnya muncul dalam hasil kerja ahli anatomi berbangsa Flem (di Belgium moden), Andreas Vesalius (1514 – 1564). Vesalius menulis “Mengenai fabrik badan manusia” dalam tahun 1543 untuk tujuan pengajaran. Beliau membincangkan pemakanan dari sudut hubungannya dengan rongga abdomen, namun penulisannya masih mengikut fisiologi Galenik tradisional.
Sebelum William Harvey (1578 – 1657), sistem vena (saluran darah) berpusat di hati. Pada tahan 1628, Harvey menulis esei berjudul “Peredaran darah” yang menunjukkan sistem vena berpusat di jantung. Selepas itu, hati telah hilang kedudukan utamanya dalam perbincangan mengenai fisiologi pemakanan[12].
Paracelsus (1493 – 1547) telah mengumpulkan idea-idea primitif menjadi satu bentuk yang lebih koheren dan mencabar beberapa idea daripada sains perubatan klasik. Walaupun begitu, Paracelsus masih mengekalkan Doktrin Tandatangan, yang mengatakan “benda yang sama menyembuhkan keadaan yang sama” atau dalam bahasa Inggeris, “like cures like”. Mengikut doktrin yang kurang tepat ini, sayur beetroot (sejenis sayur tuber dari Eropah) dapat menyembuhkan penyakit anaemia (kekurangan darah) kerana beetroot berwarna merah. Herba yang mempunyai jus berwarna kuning dapat menyembuhkan penyakit jaundis (penyakit kuning) [13]. Namun begitu, konsep Paracelsus yang lebih tepat ialah komposisi kimia dalam makanan dapat diukur. Ketepatan konsep kedua ini hanya dapat dibuktikan beberapa ratus tahun selepas itu.
Sejak zaman Yunani sehingga zaman Renaissance di Eropah, kebanyakan pengetahuan mengenai pemakanan dan dietetik berpunca daripada pemerhatian dan bukan dari eksperimen yang boleh memberikan bukti empirikal. Antara eksperimen pertama yang dilakukan adalah untuk menghuraikan konsep keseimbangan tenaga. Pada tahun 1614, doktor Itali, Santorio Sanctorius (1561 – 1636) telah menerbitkan keputusan eksperimen beliau yang menimbang semua makanan, minuman dan sisa buangannya. Pengambilan hariannya berjumlah 8 lb., manakala sisa buangannya ialah 3 lb. Beza 5 lb. yang tidak terukur itu dijelaskan sebagai hilang melalui proses “perpeluhan yang tidak dapat diterangkan”. Kerja-kerja Sanctorius tidak mendapat sambutan sehingga penemuan pelbagai jenis gas di dalam udara pada kurun ke-18.
Perkembangan sains semakin ditunjangi oleh eksperimen bermula sejak kurun ke-17 sehingga sekarang. Kini sains pemakanan adalah satu sains bersepadu yang merangkumi sains tulen seperti kimia dan fizik, sains gunaan seperti perubatan, fisiologi, biokimia dan sains sosial. Sumbangan khususnya dari ahli perubatan, kimia, farmasi dan fisiologi, serta suntikan dari bidang kejuruteraan dan fizik telah membantu perkembangan sains pemakanan sehingga ke tahap yang ada kini. Sebagai contoh, rangkaian penemuan yang membawa kepada penerimaan umum Konsep Keseimbangan Tenaga, dari eksperimen pertama Sanctorius pada 1614 sehingga kepada pemahaman moden mengenai konsep itu adalah “sepanjang” hampir 400 tahun.
Selepas eksperimen Sanctorius, ahli sains Ireland, Robert Boyle (1627 – 1691) membuktikan bahawa haiwan memerlukan udara untuk hidup; diikuti dengan saintis Inggeris John Mayow (1640 – 1679) yang menunjukkan hubungan antara pembakaran dan respirasi pada tahun 1674. Pembuktian tersebut diikuti dengan penemuan oksigen pada 1771 oleh ahli farmasi Sweden, Karl Wilhelm Sheele (1742–1786); kemudian ahli kimia Peranchis, Antoine-Laurent Lavoisier (1743–1794) yang menunjukkan pertukaran oksigen kepada karbon dioksida hasil respirasi di dalam badan dan pembakaran di luar badan; dan ahli matematik Peranchis, Pierre-Simon Laplace (1749–1827) yang bekerjasama dengan Lavoisier untuk mengukur hubungan antara jumlah haba yang dijana dan jumlah gas karbon dioksida yang dibebaskan hasil daripada proses tersebut. Rangkaian penemuan ini melahirkan prosedur kalorimetri yang mampu mengukur tenaga yang terkandung dalam makanan[14].
Sejumlah saintis bersilih-ganti, dan sejumlah teori dikemukakan, ditolak dan dibuktikan sehingga ahli kimia Inggeris, Edward Frankland (1825–1899) mengukur jumlah haba yang dihasilkan daripada pembakaran beberapa makanan yang lazim. Frankland menunjukkan sumber utama yang menjana tenaga tersebut bukan berpunca daripada unsur-unsur bernitrogen. Menjelang 1980an, penciptaan prosedur pelabelan air dengan isotop radioaktif berganda membolehkan jumlah tenaga yang digunakan untuk menjalankan aktiviti asas metabolisme dan hampir semua jenis aktiviti fizikal diukur. Walaupun “rangkaian penemuan” tersebut telah berlangsung sepanjang hampir 400 tahun, di ambang kurun ke-21, saintis masih sedang mencari kaedah alternatif yang berasaskan permodelan statistik untuk mengukur jumlah tenaga yang diperolehi dari makanan yang diambil oleh manusia. Hal ini kerana isotop radio yang diperlukan untuk prosedur pelabelan air adalah terlalu mahal dan prosedur tersebut melibatkan kepakaran spesifik. Gabungan kedua-dua faktor ini menghadkan penggunaan prosedur ini dalam eksperimen atau kajian lapangan dalam bidang kesihatan awam.
Di dalam perbincangan yang amat dihadkan oleh ruang ini, pengolahan yang adil mengenai “rangkaian penemuan” bagi protein dan faktor-faktor makanan lain amat sukar dicapai. Barangkali memadai dinyatakan liku-liku perkembangan pemahaman mengenai protein dicetuskan oleh keputusan eksperimen mengenai tenaga yang menunjukkan unsur-unsur bernitrogen diperlukan untuk kehidupan namun tidak pula membekalkan tenaga. Secara amat ringkas, istilah “protein” pertama sekali digunakan oleh ahli kimia Belanda, Gerard Johann Mulder (1802 – 1880) atas cadangan ahli kimia Sweden, Jön Jakob Berzelius (1779 – 1848) yang mengambil ilham dari perkataan Yunani proteios untuk primer atau prtos bermaksud pertama, kerana protein pada masa itu dipercaya merupakan nutrien yang paling penting. Menjelang kurun ke-19, hampir semua asid-asid amino yang merupakan komponen-komponen unsur bernitrogen tersebut telah diasingkan dan struktur kimia masing-masing telah ditentukan. Ahli kimia Peranchis, Jean Baptiste Boussingault (1802 – 1887), ahli-ahli biokimia Inggeris, E.G. Wilcock dan Frederick Gowland Hopkins (1861 – 1947), dan penyelidik Amerika, T.B. Osborne dan L.B. Mendel, melalui penyelidikan berasingkan mereka pada awal kurun ke-20, telah menunjukkan kewujudan “asid-asid amino perlu”, yakni manusia perlu memperolehi “asid amino perlu” ini daripada makanan kerana ia tidak dapat dibentuk di dalam badan (dikenali sebagai “asid-asid amino tak perlu”).
Faktor-faktor makanan lain, secara umum dapat dikategorikan sebagai mineral dan vitamin dalam sains pemakanan moden. Sekali lagi, pemahaman moden mengenai nutrien-nutrien ini adalah hasil penyelidikan sejumlah besar saintis yang menjalankan eksperimen di pelbagai pelusuk dunia. Antara contoh kepelbagaian penyelidikan ini, ialah penerbitan treatise “Food and Diet” pada 1843 oleh ahli famarsi Inggeris, J. Pereira dan pemerhatian epidemiologikal yang digandingkan dengan bukti eksperimental mengenai penyakit beri-beri oleh pakar bedah tentera Belanda, Christiaan Eijkman (1858 – 1930) di Indonesia. Antara penemuan Pereira ialah faktor anti-skorbutik yang didapati dalam jus limau tidak dapat dikelaskan di dalam mana-mana tiga kumpulan nutrien utama yang diketahui pada masa itu. Beliau menyenaraikan 13 elemen penting yang diperlukan dalam makanan – karbon, hidrogen, oksigen, nitrogen, sulfur, fosforus, klorin, kalsium, natrium, kalium, magnesium, besi dan fluorin[15].
Pada tahun 1897, Eijkman yang menjalankan eksperimennya di Indonesia mendapati ayam yang diberi makan beras putih (polished rice) akan mengalami paralisis polineuritis yang sama dengan beri-beri dalam manusia. Simptom berkenaan dapat dipulihkan dan dicegah dengan memberi makan beras kuning (brown rice). Pada awalnya, Eijkman berpendapat kehadiran toksin di dalam beras putih telah dineutralkan oleh suatu bahan yang didapati pada lapisan luar beras yang tidak terproses (beras kuning). Kemudian, pengganti beliau, G. Grijns pada 1901 menemui punca beri-beri disebabkan oleh kehilangan “faktor pelindung” dalam beras putih, dengan kata lain “faktor pelindung” tersebut didapati pada lapisan luar beras kuning. Sedekad kemudian, pada tahun 1911, ahli kimia Poland, Casimir Funk berjaya menemui “faktor pelindung” tersebut iaitu tiamin. Funk merupakan saintis yang mengilhamkan istilah vitamine semasa menjalankan penyelidikan di London pada 1912. Namun selepas itu, penemuan semakin banyak jenis vitamin yang secara kimia bukan terdiri daripada amine, ahli biokimia Inggeris, J.C. Drummond telah mencadangkan agar huruf ‘e’ di hujung digugurkan. Cadangan Drummond kekal sehingga sekarang.
Sejumlah besar eksperimen dari dahulu sehingga kepada eksperimen yang sedang dijalankan sekarang dan yang akan dikendalikan selepas ini, antaranya bidang nutrigenomics yang mengkaji hubungan antara pemakanan dan ekspresi gen dalam badan yang berkemungkinan menyebabkan penyakit kronik, sedang berkembang dengan pesat dan tidak mungkin dapat disingkap di perbincangan pendek ini. Namun suatu perkara menarik yang harus diketengahkan ialah sains pemakanan telah berkembang “full circle”; yakni daripada pemerhatian Yunani dari 2,500 tahun dahulu kepada eksperimen canggih kini; dan Sains Pemakanan Awam sekali lagi kembali kepada pencerapan data melalui pemerhatian. Hanya bezanya sekarang, data yang dicerap dalam Sains Pemakanan Awam disokong dan disahkan dengan data dari makmal atau data klinikal.
Dari tahun 1862 sehingga 1863, ahli fisiologi, ahli pemakanan dan ahli pembaharuan sosial Inggeris, Edward Smith telah mengendalikan kajian (survey) pemakanan yang pertama. Smith telah menyiasat kesan-kesan terhadap kesihatan dan pemakanan akibat episod kebuluran kapas yang berlaku pada masa tersebut. Beliau turut berusaha mewujudkan “diet paling murah” atau “least cost diet” daripada interpretasi data cerapan beliau. Lebih seratus tahun kemudian, Agensi Piawaian Makanan Britain pada tahun1999 telah menerbitkan “Low Cost But Acceptable” bagi makanan yang mampu dibeli oleh golongan berpendapatan rendah, dan pada masa yang sama masih berupaya mengekalkan tahap kesihatan optimum. Banyak kajian lapangan telah dikendalikan di negara-negara maju mahupun membangun sepanjang kurun ke-20 untuk memantau kesihatan rakyat dan ketersediaan makanan serta hubungan antara diet dan kesihatan. Di Malaysia sendiri, kerajaan baru sahaja menyiapkan Kajian Perbelanjaan Isirumah yang terkini pada tahun 2001. Kajian sedemikian rupa turut dikendalikan di kebanyakan negara secara berkala dan dalam penerbitan antarabangsa seringkali dikenali sebagai Household Budget / Expenditure Survey.
Penutup
Sains pemakanan kini telah mencapai tahap di mana penemuan klinikal semakin digunakan untuk membangunkan pemakanan sosial dengan tujuan menentukan kesan pelbagai faktor yang mempengaruhi pilihan makanan oleh individu atau kumpulan masyarakat terhadap pengambilan nutrien. Dengan bertambahnya maklumat mengenai kesan diet terhadap kesihatan dan pelbagai penyakit, aspek ini telah menjadi suatu perkara yang wajar mendapat perhatian. Pada masa yang sama, bukti juga sedang muncul yang menunjukkan potensi manfaat daripada sesetengah nutrien dan bahan lain yang didapati dalam makanan, jika diambil dalam jumlah yang melebihi keperluan minimum untuk mengekalkan tumbesaran, serta potensi rawatan sesetengah penyakit genetik melalui kawalan dietetik. Namun, kenyataan terakhir ini tidak harus diambil sebagai “lesen” bagi orang awam mahupun syarikat-syarikat “kesihatan” atau “perubatan alternatif” atau agen jualan langsung untuk mula menggesa pengambilan nutrien pada tahap berlebihan tanpa nasihat pakar pemakanan atau dietetik. Analoginya samalah seperti meminta bomoh menjalankan pembedahan untuk membuang penyakit kencing manis! Hal ini kerana penyakit kencing manis kini diketahui dapat dikawal dengan gabungan kawalan pemakanan, senaman, ubat-ubatan dan suntikan insulin. Pembedahan pula lazim digunakan dalam prosedur perubatan. Justeru, agak membimbangkan juga jika sekiranya bomoh mengambil tanggapan mudah bahawa pembedahan adalah sesuatu yang lazim. Natijahnya pesakit diabetes turut boleh disembuhkan dengan cara sedemikian, lebih-lebih lagi pembedahan tersebut dilakukan dengan parang yang diasapkan dan bukannya dibasmi kuman.
Rujukan
Garrow, J.H & James, WPT (ed.). 1995. Human Nutrition and Dietetic. Edisi ke-6. Annaralph.
Guggenheim, K.Y. (1981). Nutrition and Nutritional Diseases, the Evolution of Concepts. The Collamore Press, D.C. Health & Cp. Lexington, Massachusetts, Toronto.
Jamal Khair Hashim & Noraini Dato’ Mohd. Othman. 1997. Bahan Kimia dalam Makanan Kita. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nathan, B.N. 1991. The Medical Aphorisms of Muhammad the Prophet of Islam: A Translation dlm. The American Journal of Chinese Medicine XIX. Hlm 78-81.
Nickerson, John TR & Ronsivalli, Louis J. (terj. Mohd Khan Ayob et al). 1992. Pengenalan Sains Makanan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Hamim Rajikin, Baharudin Omar & Suhaina Sulaiman. 1997. Pemakanan dan Kesihatan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sahih Muslim Jilid 1-1V. 1976. Lahore. Pakistan: Hafeez Press.
[1] Dipetik daripada Mohd. Hamim Rajikin. 1997. Pemakanan dan Kesihatan. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 114.
[2] Ibid.
[3] John, TR & Ronsivalli, Louis J. 1992. Pengenalan Sains Makanan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 12.
[4] Ibid.
[5] Hati mengandungi retinol dan mengandungi sumber vitamin A yang banyak. Namun kebanyakan manusia tidak mendapatkan vitamin A daripada sumber ini tetapi melalui beta-karotena yang terdapat pada sayu-sayuran atau buah-buahan.
[6] Goiter juga boleh berpunca daripada memakan makanan yang digolongkan sebagai goitrogen, iaitu makanan yang boleh mencetuskan goiter seperti ubi kayu, pucuk ubi dan rebung bamboo. Di kawasan-kawasan pedalaman seperti Sabah dan Sarawak, penduduk memakan ubi kayu apabila simpanan beras mereka telah kehabisan. Dengan demikian, mereka cenderung mengalami goiter.
[7] Nathan, B.N. 1991. The Medical Aphorisms of Muhammad the Prophet of Islam: A Translation dlm. The American Journal of Chinese Medicine XIX. Hlm 78-81.
[8] Guggenheim, K.Y. (1981). Nutrition and Nutritional Diseases, the Evolution of Concepts. The Collamore Press, D.C. Health & Cp. Lexington, Massachusetts, Toronto. Hlm 45-56.
[9] Mohd. Hamim. et. al. hlm 2-10.
[10] Mohd. Hamim Rajikin et al. Ibid. hlm 153.-169.
[11] (tidak dimaksudkan seperti membakar arang atau sampah!)
[12] Guggenheim, 1981. Ibid. hlm 70.
[13]Will, RBH, Mc Glasson, WB et al. 1998. Lepas Tuai. Satu Pengenalan Fisiologi dan Pengendalian Buah-buahan dan Sayur-sayuran. Universiti Sains Malaysia. Hlm 94-101
[14] Guggenheim, 1981. Ibid.
[15] Mohd. Hamim Rajikin. et.al. Ibid. hlm 43-74.

0 comments:
Catat Ulasan