Hamzah Fansuri tokoh sastera moden?
PERSOALAN siapa yang boleh dianggap tokoh pelopor kesusasteraan Melayu moden sudah dianggap perdebatan `klasik'. Pertanyaan sebegini semakin dilupakan khalayak dan sarjana sastera tempatan mahu pun Nusantara.
Dalam perdebatan klasik ini, Abdullah Abdul Kadir Munshi dianggap bapa kepada perkembangan Kesusasteraan Melayu Moden. Ini berdasarkan ciri-ciri yang ditonjolkan dalam beberapa karyanya, seperti Hikayat Abdullah dan Hikayat Pelayaran Abdullah ke Kelantan.
Persoalannya adakah perdebatan ini telah berakhir dan kesimpulannya `memenangkan' Munshi Abdullah sebagai tokoh tersebut? Apakah tidak ada tokoh lain yang boleh `mencabar' kedudukan ini?
Tidak dinafikan karya-karya Abdullah berjaya memisahkan diri dari mata rantai konsep dan gaya penulisan sastera tradisional dan sastera istana yang sememangnya mempunyai ciri dan karakter tersendiri.
Timbul pula persoalan, di manakah kedudukan tokoh-tokoh lain seperti Hamzah Fansuri yang memperlihatkan beberapa pembaharuan dalam perkembangan sastera Islam dan sufi.
Beliau juga mula memisahkan diri dari konteks sastera istana.
Mengambil pendapat pensyarah Universiti Teknologi Nanyang, Singapura, Prof. Madya Hadijah Rahmat, kedua-dua tokoh tersebut memberi sumbangan besar ke arah perkembangan sastera moden.
1. Hamzah Fansuri: meskipun cenderung kepada aspek-aspek sufisme tetapi karya-karyanya tetap menonjolkan nilai-nilai sastera Melayu yang memisahkan diri dari pelbagai ciri sastera tradisional.
· Karya-karya Hamzah yang sufistik sifatnya `melanggar' ciri-ciri sastera tradisional yang memperlihatkan keakuan sesebuah karya yang melukiskan pertemuan dengan Pencipta, Cinta dan Keindahan Abadi untuk membawa manusia kepada Allah.
· Kenyataan ini amatlah luar biasa jika dibandingkan dengan falsafah hidup pada umumnya, konsep sastera dan kepengarangan yang terungkap dan dilahirkan dalam masyarakat dan sastera Melayu sebelumnya,''
Sufisme
· Karya-karya sufisme dalam bentuk syair telah mengubah perspektif dan fungsi sastera ini. Beliau telah memperkenalkan satu dimensi baru untuk memahami kehidupan dan keindahan.
· Hamzah telah memperkenalkan suatu dimensi baru untuk memahami kehidupan dan keindahan. Karya-karyanya memacarkan kesatuan estetika, kepaduan, keutuhan dan kesejagatan yang membentuk perubahan dan pembangunan dalam sastera Melayu.
· Sesungguhnya, Hamzah melalui pengalaman peribadi dan dirinya sebagai fokus telah menukar konsep sastera, kepengarangan dan konsep diri. Paling penting beliau telah mengungkapkan perubahan dari segi persepsi kehidupan dunia Melayu.
· Hamzah memberi sumbangan yang sangat besar kepada kesusasteraan Melayu dan Nusantara. Hasilan karyanya mengandungi benih-benih inovasi yang kemudiannya di warisi oleh pengarang Melayu seperti Abdullah Munshi, Raja Ali Haji dan Salleh Perang.
· Hamzah berjaya memadukan semua unsur-unsur inovasi tersebut dengan indah dan berkesan. Yang menarik, karya-karya ini dihasilkan jauh lebih awal dari pengarang tersebut, termasuk Abdullah.
· Oleh itu, pembaharuan yang di bawa oleh Hamzah dianggap menjangkau zaman dan generasinya sehingga unsur pembaharuan dan nilai moden berjaya ditonjolkan

0 comments:
Catat Ulasan