Jumaat, 12 September 2008

apa ada dengan hak istimewa

Tiada siapa dalam dunia ini boleh menafikan hak individu sama ada untuk bercakap, berpakaian, beragama, bersukan, memilih kawan, memilih negara, memilih pemimpin dan pelbagai lagi hak yang dimiliki oleh individu. Tegasnya sebagai manusia dia berhak mendapat hak asasinya sebagai manusia.Tentulah hak individu di Sudan, Zambia, Ethopia dan Rwanda tidak sama dengan kehendak individu di Malaysia. Terlalu banyak kelebihan dan kemuliaan yang dimiliki oleh individu di Malaysia jika hendak dibandingkan dengan individu di negara-negara Afrika.Namun mereka di Afrika tetap merasa bangga dan bersyukur dengan segala ruang, potensi yang mereka miliki berbanding dengan kita di Malaysia yang semakin hari semakin menjadi lebih kurang ajar berbanding orang Afrika.

Mempertikaikan hak orang lain kerana mendapat sesuatu yang tidak kita punyai dinamakan dengki. Kerana sifat dengki, tamak dan sakit hati kita mula memikir strategi untuk menghancurkan orang yang dapat hak tersebut supaya akan binasa, merana, merempat dan menjadi seperti hamba yang boleh diperlakuan seperti binantang. Tidak ramai dalam kalangan kita yang mahu memikirkan bahawa apa yang kita miliki hari ini lebih baik malah cukup mewah berbanding dengan negara Afrika yang bukan sahaja nak makan pun susah, malah nak buang sisa makanana dalam perut juga terasa lebih sukar kerana kekurangan air. Kita di Malaysia sejak dua menjak ini menjadi seperti hilang akal, mudah marah dan tegang tidak tentu arah, gara-gara kita mudah benar untuk mempertikaikan hak orang lain.

Kita marah bila ada orang yang kita nampak lebih sedikit daripada kita, iaitu yang berhak menjadi kaya raya kerana usaha mereka sendiri sedangkan kita terus begini-gini lalu timbul di benak kita bahawa dia tidak berhak untuk memilikinya kerana bla bala bla....

Kita menjadi lebih marah melihat orang yang datang mengemis, meminta sedekah, seolah-olah mereka itu adalah individu yang sangat tidak berhak untuk terus hidup kerana menyusahkan hidup orang lain. lalu kita berhujah bla bla bla

Kita sebenarnya tidak perlu marah bila nampak orang lebih sedikit daripada kita atau nampak orang lebih kurang daripada kita. Memanglah marah kita suatu yang biasa dan tidak boleh menjejaskan mana-mana pihak tapi ia boleh memudaratkan perkembangan positif rohani kita sebagai seorang insan.


Kita hakikatnya sejak lepas pilihanraya mac 2008, terus diperkotakkatikkan oleh manusia politik yang terus-terusan menggunakan media untuk menakut-nakutkan kita dengan pelabagi ancaman daripada sudut keselamatan, kekacauan ekonomi sehinggalah pada konflik perkauman. Apa sebenarnya yang diinginkankan oleh manusia politik ini???

Dengan menggunakan media sebagai alat untuk mengacaubilaukan pemikiran rakyat, nampaknya semakin hari mereka semakin berjaya untuk menghancurkan negara ini dengan mewujudkan suasana panik, prasangka perkauman semakin menebal, rasa tidak percaya sesama kita tambah melebar dan keanekaragaman pemikiran berunsurkan perkara negatif ini menjangkiti sebahagian besar mayarakat Malaysia.

Yang kaya tetap kaya dan yang miskin tetap miskin. Biarpun kita bertetak, berbunuhan, bertikaman sesama sendiri nasib kehiduapan kita tetap seperti ini. Melauanglah kita sekuat hati sampai cirit tercirit...nak memperjuangkan hak istimewa konon... dapat ke? kena dengar ke?

Akhirnya tidak ada apa dengan hak istimewa...sebab manusia politik hanya melaungkan propagada hak istimewa ketika nyawa politik mereka sudah hampir dijerut maut...sedangkan hak istimewa sudah lama dikainkapankan oleh manusia politik... maka jangan berfikir dengan hak anda mampu mengubah dunia ini.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin