Abdullah Munsyi melihat bahawa bangsa Melayu bukan sahaja tidak cinta bahasanya malah merekalah sendirilah yang menghancurjahanamkan bahasa Melayu. Ketidaktentuarahan pemikiran sebahagian besar bangsa Melayu khususnya golongan elit politik,bangsawan, penguasa dan raja terhadap bahasanya adalah disebabkan mereka tidak mengenal diri dan mudah terpesona dengan unsur-unsur yang dibawa dari negara luar sama ada Barat, Timur Tengah atau mana-mana sahaja yang luar dari rantau rumpun Melayu.
Rabu, 11 Jun 2008
Abdullah Munsyi
Aku berasa sedih apabila mengenangkan hal orang Melayu yang masih belum insaf mengenai kemunduran mereka, kerana mereka tidak mahu belajar bahasanya[bahasa Melayu/BM/]sendiri dan tidak mahu menyediakan tempat untuk belajar bahasanya. Adakah orang yang tiada belajar itu akan pandai sendiri? Bukankah semua bangsa di dunia ini belajar bahasanya sendiri? Kata mereka "Apakah gunanya belajar, bukankah itu bahasa kita[Bahasa Melayu] Gunannya di dunia sahaja. Lebih baik bahasa Arab, berguna di dunia dan akhirat." Hal itu benar, tetapi bagaimana boleh mengetahui bahasa orang lain sekiranya belum mengetahui bahasa sendiri terlebih dahulu[bahasa Melayu]. Mereka berkata-kata, berjual beli, berkirim dan membalas surat, semuanya dalam bahasa Melayu. Belum pernah aku melihat, sama ada orang Melayu ataupun peranakan, yang menggunakan bahasa Arab sewaktu berniaga, membuat kira-kira dan berkirim serta membalasa surat, melainkan dalam sembahyang dan berdoa sahaja.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)












0 comments:
Catat Ulasan